Nak beli benih online?

Saturday, March 31, 2018

Hantu Kebaya Merah

Kisah video kebaya merah 29 Mac 2018 kat Fb

Saya ada pos pasal kejadian yang berlaku kat opis saya baru-baru ni selepas saya bercuti. Tak sangka ramai pulak yang berkongsi cerita masing-masing. 

saya rasa rugi kalau saya tak muatkan dalam blog ni. boleh juga dibaca bila-bila sebagai bahan hiburan... kikiki

Berikut adalah komen-komen yang saya kopipes dari fb saya.

Song Hyun Sup: Aiyo.....kat opis saya dulu tu ada kawan jumpe "seorang" sdg duduk atas potty tandas....masa tu time maghrib...dia ternampak dari celah pintu tandas betis makhluk tu berlunjur. 
Kulit kaki makhluk tu mcm teruk terbakar...dia pun terusla cabut balik rumah....lepas tu dia tak nk kerje ot lagik sbb takut...ini citer betol....bukan cobaan dan tatak tipu punye..


Nur Diana Tugi: saya dulu dkt opis, dgr ada org berjalan2 dgn main selak2 kertas waktu tengahari.
Ingatkan member dah balik dari makan..masa praktikal, dgr mcm budak2 main lari2, baling2 pen dgn mesin fotostat gerak sendiri..


Jam Mohd: Akk dulu kerja mlm kat hospital mcm2 lah. Satu mlm pergi tandas masuk pintu biasa hujung skli. Skli dgr org masuk bilik sebelah. Ia2 buka air. 
Akk buat mcm biasa je lah. Skli keluar pintu sebelah terbuka je elok je kering. Rasa tak lalu berjalan. Esoknya siap minta teman dgn pak guard.

Rose Ramli:
 Ckp pasal bilik air ni teringat plak satu citer. Sy ngan adik sy naik moto round kg org lain sesuki ati. Tak penah pu masuk kg tu kt chenderong balai. 
Tiba2 adik sy kata nk terberak.... kikiki. Kitorg berenti kt satu surau kayu usang, mcam jarang digunakan. 
Ada toilet kt luar bekembar seblah seblah. Sy pi tengok2 kws tp tkde org. Adik sy dah pi jln dlu.
Pastu sy tunggu adik sy kluar dr bilik air. Toilet lg seblah tu ada bunyi cam org mandi. Pastu lama sgt adik sy dlm toilet. 
Sy pun tunggu kat moto. Lama baru adik sy dtg kt sy. Sy tanya, udah ker. Dia kata blum sbb toilet tkde air.
Aikkk! Sy siap dengar bunyi air org mandi kot. Tp org tu tk kluar2 pun dr toilet. Ini peristiwa angker ni. 
Kami pun cepat2 start moto dan blah dr situ. Terus adik sy tk terasa nk berak lg... hahaha. Peristiwa tu berlaku waktu tghari, blum masuk zohor lg.

Mdm Ho Ain: Kisah masa di asrama sekolah. Satu mlm masuk tandas tlg tutup paip sinki. Dia main buka tutup. 
Akhir sampai satu sink rasa ada benda berbulu di paip yg tak da apa2. Cepat2 keluar biarpun paip masih terbuka. 30 thn sudah.

Jam Mohd: Sy dulu keja emergency kat hosp. Pintu masuk berdepan bangunan forensik. Suatu hari kerja mlm ada free sikit saja bediri2 kat kaw pintu masuk. 
Tiba2 sy nmpk 2-3 org jln dari bilik mayat tu mengusung sesuatu di bungkus tikar. Sy fikir org indon kut bawa mayat saudara depa jln kaki bawa balik. 
Sy pandang je lah. Skli pandang tmpt lain. Pandang semula dah takde depa. Laju sungguh sy kata berjalan depa ni. 
Padahal jauh nk ke jln besar. Bukan ada kereta pun tepi jln tu. Smpai skrg sy masih fikir kemana lesapnya depa

Friday, March 30, 2018

Pakej Kangkung Tapis RM20


Gambar ehsan Yuziana Yusop


Pakej A:

1 set Baja AB 500ml (500ml A & 500ml B) Harga biasa RM10

Benih Kangkung 3 peket (4g sepeket) 
Harga biasa RM6

Kos Poslaju Semenanjung RM7.35

Cuma bayar RM20 untuk dapatkan pakej A

atau dapatkan 

Pakej B:

2 set Baja AB 500ml (1000ml A & 1000ml B) Harga biasa RM20

Benih Kangkung 10 peket (4g sepeket) 
Harga biasa RM15

Kos Poslaju Semenanjung RM10.65

Cuma bayar RM40 untuk dapatkan pakej B

Whatsapp 017 4559536 utk order

Klik link ini untuk cara-cara tanam kangkung tapis

https://semuamenjadi.blogspot.my/2015/12/tanam-kangkung-guna-tapis-dan-baldi.html


Thursday, March 29, 2018

Durian Belanda Abah


Saya rasa saya yang belikan anak pokok durian belanda ni. Tapi macam biasa la abah saya yang tanam, jaga, baja semua.

Masa tu saya balik kg, abah saya tanya nak tak buah durian belanda. Mesti la nak kan.

Harga durian belanda kalau beli memang mahal. Kalau dapat free memang tak tolak punya. Dahla buah sedap banyak khasiat.




Buah yang abah saya bagi agak ranum.Nampak macam lembik pun ada.

Tapi rasa dia tak payah cakap la. memang sedap sangat. Manis lagi. makan sambil pejam mata la.

Memang puas hati. Lenkali nak lagi yer, abah.

Tuesday, March 27, 2018

Pokok Kesum



Ini kebun abah saya. Saya jarang-jarang melawat kebun dia. Sekali masuk tengok ada selautan pokok kesum. Tak tau la abah saya jual ker tak.

Geram jer tengok. Tapi saya jarang-jarang masak asam pedas. Laksa pun jarang. dapat tengopk jer la. Guna kurang.

Dulu saya pun ada tanam kesum. elok jer tumbuh. Sekarang ni bila tanam kiok. Malas dah. Nanti nak cuba balik la. 

Monday, March 26, 2018

Tanaman di sekeliling Rumah Saya


Tanaman kat belakang rumah saya, ulam raja dan bayam merah

Sekarang bekas2 ni dah ditanam dengan pokok bayam brazil.



Ini pun belakang rumah, pokok kelor di tanam dari batang pokok kelor depan rumah yang tumbang. dah besar dah pokok ni. Dah keluar bunga pun.


Pokok ubi kerinting, ini dah masuk kawasan rumah tinggal belakang rumah saya.



Pokok sambung nyawa batik



Pokok pucuk manis, lebihan dari keratan batang yang di jual, nak buang sayang jadi saya tanam jer la. Daunnya dah selamat buat pekasam dan dah masak pun.



Ini video tanaman sekitar depan rumah saya. Suara berbisik sebab takut jiran dengar. Kang dia kata saya gila pulak cakap sorang2 kan.

Friday, March 23, 2018

Pekasam/Jeruk Pucuk Manis


Kali ini saya buat pekasam pucuk manis. caranya sama jer cam kat https://semuamenjadi.blogspot.my/2018/03/pekasam-daun-mengkudu-siam.html

Nampak cam ada 2 jenis kan, yang warna gelap tu pucuk manis, yang lagi satu tu mengkudu siam.


Kali ini saya gorengkan dengan daging kisar. Tiba-tiba teringin makan daging, carik kat pasaraya berhampiran rumah. Tapi takde daging yang best. Jadi saya beli jer daging kisar. Sedap jugak.

Thursday, March 22, 2018

Tanam Kobis dari Baby Kailan


Sebelum ni sy ada tanam kobis, bila dah tuai sy tinggalkan pangkalnya. Keluarlah anak2 kobis yg kita panggil baby kailan. 

Sebahagiannya saya buat sayur, mmg sedap. Sebahagian lg sy patahkan dan semai kt nutripot. Alhamdulillah hidup subur nampaknya.

Wednesday, March 21, 2018

Cuti-cuti Korea 14 Mac-20 Mac 2016 Hari Kedua

Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36 

Dah dua tahun baru nak sambung cerita tah ingat tah idak, korang tengok gambar jer la yer.

Sambungan dari yang pertama, klik https://semuamenjadi.blogspot.my/2016/03/korea-14-mac-20-mac-2016-hari-pertama.html



Selepas sarapan kat hotel, makan roti, cheese n kopi 3 in 1. Kita pun tunggu adik tourist guide (Tg) datang. Diorang ni pelajar kat Korea. Hari-hari tukar orang kenkadang sebab ikut bila diaorang free takde kelas.

Pastu kami pun naik train pegi ke tempat yang katanya banyak beg tangan cantik dan murah. 

Memang banyak beg tangan, kualiti ok, harga pun murah tapi tengok aje. Konon-kononnya jumpa lagi la kot. Takdenya, menyesal tak beli. Beg korea memang bagus, tahan lama dan berkualiti.

Saya sempat beli kain penutup mulut, tak tahan angin sejuk masuk bila kita bernafas. boleh batuk terutamanya bila kena naik tangga.

Sambil-sambil tu tengok orang Korea, tangkap gambar.


Pokcik korean mencarik rejeki di pagi hari nan sejuk gedi




Kami jalan-jalan kat sini dan terjumpa banyak orang jual strawberi



Stoberi Korea lemak manis. Dapppp sgt. KRW5000

Kat sini kami makan stoberi yang banyak diorang jual tepi jalan. Gemuk-gemuk buahnya. Geram jer. 

Bila makan, wah manis. Ai like sesangat. Maka makanlah stoberi sehingga puas. Harga pun tak mahal sangat.





Kat tepi-tepi jalan tu ada banyak bunga, kami ingatkan bunga plastik. Bila tengok dekat-dekat rupanya bunga tulip sebenar.

Kitorg pun apa lagi, sakan berposing dengan bunga.

Lepas tu Tg bawa kami kat kedai-kedai lagi, tak best sangat ada la tangkap gambar sikit-sikit. Duduk yang banyak.

Pastu gi satu kawasan, nama tak ingat tapi tempat jual barang-barang kosmetik. Saya mana la minat. Beli mask sikit dan barang yang dipesan kawan.









Pastu gi Itaewon, mak aiii bukit punya la tinggi. Singgah makan kat satu restoran halal. Tokehnya orang Korea tapi pekerja orang melayu. Rasanya student Malaysia yang belajar kat sana. 

Saya order Beef Bulgogi. Hmm... tak sedap hokey makanan Korea ni pada tekak saya. 

Manis dan pedas yang tak berapa kena. Manis dan pedas kat Malaysia tu lain, sedap. Saya ni jenis bole jer terima makanan luar. 

Tapi seriously makanan Korea tak de la sedap mana ikut tekak saya. Mungkinla sedap ikut tekak orang Korea kan.

Side dishes dia ok sedap.



Itaewon penuh dgn org Mesia. Cikgi2 dan keluarga3 mereka







Pastu kami pi masjid. Lagi la tinggi bukitnya. Singgah solat.Ramai sungguh orang Malaysia kat situ. 

Sebenarnya masa saya pegi tu kat mana-mana pun  ramai orang Malaysia. Sampai peniaga-peniaga Korea tu pun dah pandai cakap Melayu. 

Itulah kan, kata orang kita ni tak cukup duit. Nak makan pun susah, nak bayar bil astro susah tapi pi Korea ada pulak duit. Agaknya menabung dari kecik la kot. 

Husnuzon.










Tempat shopping kontena biru

Pastu TG bawa kitorang pi satu tempat membeli-belah yang dibuat dari kabin2 kontena tu dan di cat warna biru.

Tg bawak kitorang naik subway ler bkn naik cab ker apa. Memang penat la naik subway kat Korea ni. 

Dah la cam susah jer subway tu. Ker Tg kitorg ni yang tak berapa best, yer la diorang ni student kan, bukan Tg yang sebenar. Kira ok jer la.

Pastu kami pun balik, sebelum naik hotel kami singgah pasar dulu, dekat jer dengan hotel, nak pergi hari-hari pun boleh.




Malam2 buta mkn stoberi. Lagi murah lagi manisss. KRW4000 lebih kurang RM14



Dalam perjalanan balik hotel yang nun jauh atas bukit, beli stoberi lagi. Dapat lagi murah. Makan stoberi lagi.

Masak megi kot kat bilik pastu apa lagi, tido ler. Sambung lagi ke hari Ketiga di Korea.

Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36 

Tuesday, March 20, 2018

Pokok Tin dan Baja Fish Meal


Pokok tin saya guna baja organik cecair Fish Meal

Satu set RM10 (2 botol 60ml, Green & Bloom)

WhatsApp 017 4559535 utk order

Green utk kesuburan
Bloom utk bunga dan buah
1 sdt + 2 Liter Air
Boleh campur 1/2 sdt Green + 1/2 sdt Bloom + 2 liter air
Atau boleh guna asing2
Siram atau sembur seminggu sekali



Baja ini elok juga untuk pokok limau, saya guna untuk pokok limau kasturi dan kumquat yang saya tanam. alhamdulillah daunnya nampak berkilat dan buah pun keluar banyak.

Selain itu boleh juga guna untuk pokok sayur dan pokok bunga. yang penting baja fish meal ni organik bukan baja kimia. Baja yang dibuat dari sumber ikan.


Monday, March 19, 2018

Keledek Daun Ungu Cameron Highland


Saya ada pergi makan angin balik ari ke Cameron Highland pada hari Sabtu cuti CNY aritu. Punya la ramai orang. 

Kami naik dari Simpang Pulai dan turun ikut Tapah. Tak boleh nak patah balik sebab jem lekat. Memang ramai yang patah balik ke Tapah.

Jadi kami singgah la kawasan-kawasan arah Tapah, seperti Habu. Sempatlah beli jagung, stoberi dan sayur2. Itupun sebab bff kirim. Kalau tidak saya malas nak beli apa-apa.


Saya beli daun keledek ni sebab warnanya cantik sangat. Toke kedai kata daun ni elok buat jus campur madu. Katanya lagi jus ni baik untuk kulit, boleh hilangkan jeragat. memang saya tengok muka dia cantik jer takde jeragat mahupun jerawat. Jadi boleh percaya la kan.

Tapi biasa la kan, saya tak buat jus tapi saya beli sebab saya nak tanam.




Alhamdulillah. Menjadilah pulak bila saya tanam kat kebun opis. Saya simpulkan pangkalnya. Dengar cerita nanti banyak keluar isi. Kita cuba jer la kan. 

Toke yang jual tu ckp, keledek ni lambat keluar isi. Tapi tak perlah tengok daunnya pun dah seronok.

Saya tanam tengah panas ni. Alhamdulillah, hidup sihat. Harapnya makin subur dan dapat mengeluarkan hasil dan dapat dimakan bersama-sama rakan-rakan opis yang lain.

Friday, March 16, 2018

Ikan Segar di Kg Setiawan


Percutian family kat Lumut, ditaja oleh adik saya. Tiba-tiba jer pun. Diorang dari Penang call suh jumpa kat Marina Cove Teluk Batik. Abah saya pun ikut sekali. Sampai Teluk Batik pun dah malam. Sebelum masuk hotel kami singgah makan dulu. Kenyang tak ingat.


Aktiviti esoknya cadang nak mandi kolam kat hotel jer. Tapi saya ajak adik lelaki saya pi carik ikan segar.

Baca-baca kat blog jumpa diorang cakap ada jual ikan segar kat Kg Setiawan. Biasanya dulu-dulu saya pi situ untuk beli umpan pancing jer. Tak tau pula ada jualan ikan segar.


Esok tu kami bangun awal pagi dan terus menuju ke kampung Setiawan. Sarapan roti canai dulu kat gerai berhampiran pasar ikan segar.





Ikan selangat yer namanya. Saya tak biasa makan. Diorang kata sedap goreng garing-garing.



Macam-macam ikan pun ada tapi kurang menarik perhatian saya.






Last2 saya call kawan saya dan tanya kat mana tempat yang lagi best. Dia bagitau tapi saya lupa la pulak apa nama tempatnya. Sempat la sesat sbb ikut sangat cakap Encik waze kan.


Dalam perjalanan balik dari Teluk Batik kami singgah Pantai Remis dan seterusnya singgah kat Taiping.

Niat nak carik ketam nipah kat Pantai Remis tapi tak jumpa. Beriadah dan tangkap-tangkap gambar kat Taman Tasik Taiping dan balik.


Balik rumah dan masak ikan bawal curah cikap, makan dengan nasi panas-panas, licin makan tiga orang.

Wednesday, March 14, 2018

Bunga Kucai Cameron Highland


Tokeh kedai tu bersungguh-sungguh suruh saya beli bunga kucai ni. Katanya sedap, manis. teringatkan bff cina saya, saya beli la. ingat nak bagi dia jer sebab ni kan makanan orang cina.



Tapi malam tu, saya teringin pulak nak rasa bunga kucai ni. saya pun try masak sos tiram campur ayam. sedap la pulak rasanya. memang manis dan rangup. Saya rasa lebih sedap daripada asparagus.



Nasib la saya beli 3 ikat, esoknya saya masak lagi dengan udang pulak. saya tak bagi pun kat bff saya. rumah dia bukannya ada dapur pun... hahaha!

Memang best rasa bunga kucai ni. Pada saya lebih sedap dari asparagus.

Kat pasar pun banyak jual bunga kucai ni. Selalu tengok tapi tak biasa makan. Paling hebat pun arwah mak saya guna sayur ni untuk hiasan hidangan pengantin.

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...