Nak beli benih online?

Tuesday, December 30, 2014

Punca Obesiti Gemuk Dari Lemak Atau Gula?


ANDA WAJIB TAHU.....

Punca Obesiti Gemuk Dari Lemak Atau Gula? Dimana Rasionalnya
Saya nak berkongsi satu kajian yang menarik dari luar negara tentang punca obesiti atau gemuk. Ia diterbitkan oleh Akhbar Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Bulan Apr 2013. Menurutnya, pakar kesihatan kini membuat kesimpulan bahawa nasihat “lemak adalah buruk” pada tahun 80an tidak membantu menurunkan berat badan. Patutlah ramai masih gemuk walaupun telah bersenam dan mengurangkan makanan berlemak. Kerana ada sebab lain yang merupakan punca kepada obesiti atau gemuk.
Antara puncanya ialah   kerana tubuh mampu menukar gula pada lemak badan. Apabila kandungan gula dalam badan berlebihan, badan kita akan menghasilkan lebih banyak hormon insulin. Tujuan utama insulin ialah menyingkirkan gula supaya kandungan gula dalam darah menjadi stabil. Tetapi sebenarnya insulin menyingkirkan gula dengan cara menukarkan gula kepada lemak pada badan kita. Inilah punca kenapa anda masih gemuk atau obesiti walaupun telah mengurangkan makanan berlemak.
Satu lagi kajian menunjukkan tubuh badan akan membakar gula terlebih dahulu daripada lemak. Selagi badan masih ada kandungan gula ia akan membakar GULA dan tidak membakar lemak. Malangnya keupayaan tubuh untuk membakar adalah rendah. GULA yang tidak sempat dibakar akan ditukarkan kepada lemak. Dengan kata lain, walaupun anda kuat bersenam, tubuh tetap tidak membakar lemak tetapi membakar GULA terlebih dahulu.
Sekiranya anda telah berusaha mengurangkan lemak dan bersenam tetapi masih lagi gemuk. Maka GULA adalah punca obesiti atau gemuk yang anda alami. Amat bijak anda mengurangkan makanan dan minuman yang manis untuk kesihatan tubuh badan anda.
Penyelesaianya guna STEVIA sebagai pengganti gula dlm masakan & minuman dlm seharian.


* sumber daripada WhatsApp  group RCC2U







************************************************************************
Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36


Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?



Wednesday, December 24, 2014

Pakej Benih Extravaganza RM20


11 peket benih hanya RM20 (Semenanjung)/ RM25 (Sabah dan Sarawak) termasuk Kos Poslaju
Bayam Hijau daun Bulat, Bayam Hijau daun Panjang, Bayam Merah, Kacang Buncis, Kailan, Peria kecil, Sawi Bunga, Sawi Hijau, Kangkung, Lobak Putih dan Bendi

Sila email semuamenjadi@gmail.com atau
hantar mesej di FB Semua Menjadi untuk memesan pakej ini.

Friday, December 19, 2014

Petai Belalang untuk rawatan Diabetes

 
 
Ambil buah petai belalang yang sudah tua dan kering yang berwarna kecoklatan. Keluarkan isinya dan sangai  (goreng tanpa minyak) sehingga garing. Sejukkan dan kemudian tumbuk sehingga halus.

Serbuk biji petai belalang ini dibancuh dengan air panas dan dibuat minuman seperti kita meminum kopi.

* sumber daripada Amina Noor,  Buku Resepi Herba sebagai Penawar Penyakit



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?



Tuesday, December 16, 2014

Daun Sireh untuk rawatan Sakit Mata


Siapa selalu sakit mata? Lecehkan bila sakit mata. Eloklah tanam sirih di kawasan rumah, banyak faedahnya. Salah satunya untuk rawatan sakit mata.

Caranya ialah dengan ambil daun sireh dan macam biasa bersihkan dahulu. Selepas itu rebus daun tersebut dengan sedikit garam. Kemudian sejukkan air rebusan, tapis dan ambil airnya sahaja.

Masukkan dalam bekas kemudian kelip-kelipkan mata anda dalam air rebusan tersebut. Lakukan rawatan ini 3 kali sehari.

Ini adalah salah satu rawatan yang murah terutamanya kepada yang ada tanam pokok sireh tapi tak berapa tahu kegunaanya yang lain.
 
* sumber daripada Amina Noor,  Buku Resepi Herba sebagai Penawar Penyakit



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?



Friday, December 12, 2014

Tongkol Jagung Rawat Batu Karang

 
Sedap kalau dapat makan jagung bakar yang ditanam sendiri di kebun sendiri. Bakar pula  kat kawasan kebun guna unggun api buat sendiri. Makan panas-panas, sedapnya.
 
 
 
 
Jangan dibuang tongkol/teras jagung setelah isinya habis dimakan. Ia boleh digunakan untuk merawat sakit batu karang. Saya dah pernah merasa, memang sakit sesangat, cuma saya belum pernah guna kaedah menggunakan tongkol jagung ini.
 
Petua orang dedulu, sediakan 6 tongkol/teras jagung yang dicuci bersih. Kemudian rebus dengan lima gelas air. Dididihkan sehingga tinggal separuh airnya. Sejukkan air tersebut, kemudian tapis sebelum diminum. Pesakit batu karang boleh cuba minum sukatannya tiga per empat gelas, 3 kali sehari.

* sumber daripada Amina Noor,  Buku Resepi Herba sebagai Penawar Penyakit


************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?



Wednesday, December 10, 2014

Petua Rawat Gastrik menggunakan Ubi Kayu

 
 
Mudah ke nak cari ubi kayu sekarang ini. Mungkin sukar bagi yang duduk di bandar. Tapi rasanya semua orang kenal rupa ubi kayukan. Saya pulak suka makan pucuk ubi kayu. Sayur kegemaran saya.
 
Mengikut petua orang dahulu, cari ubi kayu muda yang masih segar, kupas kulitnya dan cuci dengan bersih. Kemudian ubi kayu tersebut dipotong sepanjang 5cm. makan ubi kayu mentah tersebut 3 potong sehari. Satu pada waktu pagi, satu tengahari dan satu lagi pada waktu petang.
 
Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut dinasihatkan makan nasi dahulu walaupun sedikit.
 
Petua ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga minggu ataupun sebulan genap.
 
* sumber daripada Amina Noor,  Buku Resepi Herba sebagai Penawar Penyakit



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?



Wednesday, December 3, 2014

'Other' inbox

Aaaaachum!
Sampai terbersin saya, banyak beno habuk kat blog ini, lama sangat tak menulis.
 
Alhamdulillah banyak berita baik yang saya terima sepanjang tak menulis ini. Rezeki pun bertambah murah, terima kasih pada kawan-kawan, pelanggan-pelanggan dan pembaca senyap blog saya ini. Terima kasih tak terhingga atas doa kalian untuk saya sekiranya ada.
 
Baru-baru ni saya dah cerita kat FB pasal saya dapat semula harta saya yang hilang sebenarnya lebih dari 2 tahun dan nilainya  mencecah puluhan ribu ringgit Malaysia.
 
Saya tak terus mencarinya kerana ada berlaku suatu dugaan besar dalam hidup saya pada ketika itu, seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Saya hanya  mampu berdoa dan berharap agar saya menemui semula 'harta' tersebut. Dalam doa tersebut saya mohon dilembutkan hati orang yang mengambilnya untuk pulangkan semula pada saya. Walaupun saya tahu pekara itu hampir mustahil berlaku.
 
Saya tak pernah buat laporan polis walaupun didesak beberapa kali oleh kawan saya dan juga orang lain. Tapi saya pernah minta bantuan saudara untuk mencarinya tapi saya kecewa dengan jawapan yang diberi.
 
Baru-baru ini terdetik di hati saya untuk buka Fb lama saya dan cek inbox. Saya terpandang 'other' inbox, mungkin ada sesiapa yang meninggalkan mesej penting di sana. Ada banyak mesej  tapi saya jumpa satu mesej yang dimulakan dengan 'Selamat hari Raya'.
 
Daripada mesej tersebut akhirnya menemukan saya dengan 'harta' yang telah lama saya cari. Sungguh mulia hati si pemberi mesej tersebut, takkan saya lupakan jasanya hingga akhir hayat. Juga jasa adik saya dan suaminya yang banyak membantu saya berurusan bagi mendapatkan 'harta' itu semula.
 
Jangan anda pandang negatif sahaja pada kewujudan FB, sekali-sekala periksalah 'other' inbox anda. Mugkin ada sesuatu yang menunggu anda di sana.
 
Bagi yang masih tak tau di mana other inbox anda sila lihat contoh di bawah:
 



*Alhamdulillah doa saya dimakbulkan



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?







Monday, November 17, 2014

Pakej KeBuN CutiSekolah

Pakej KeBuN CutiSekolah!!!

PERCUMA KOS POSLAJU bernilai RM6

10 peket benih hanya RM20

(Harga asal sepeket biji benih RM2)



Tiada pilihan biji benih.
Biji benih dalam pakej ini adalah:

  1. Selasih
  2. Salad Hijau
  3. Cili Api
  4. Bendi Arab
  5. Kacang Panjang Renek
  6. Sawi Hijau
  7. Ulam Raja
  8. Kacang Botor
  9. Roselle
10. Bunga Telang


Sila email semuamenjadi@gmail.com atau
hantar mesej di FB Semua Menjadi untuk memesan pakej ini.


 

Wednesday, November 12, 2014

Cek Nuffnang


Akhirnya, saya tebus juga wang terkumpul dalam akaun nuffnang saya. Dan saya telah terima cek ini. Cuma belum tunaikan jer lagi.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?




Monday, November 3, 2014

PAKEJ MUHARRAM RM20 SAHAJA!!!

 
 
roselle
 
 Kacang Botor

Ulam raja
 
9 peket benih termasuk benih PADI yang bernilai RM4 hanya RM20
Percuma kos poslaju bernilai RM6.

(Harga asal sepeket biji benih RM2, Benih Padi RM4 untuk 400g. Kos Poslaju RM6) 

Tiada pilihan biji benih. 
Biji benih dalam pakej ini adalah:
1. Benih Padi - RM4

2. Salad Hijau - RM2 - BARU!
3. Pak Choy Jenis Besar - RM2 - BARU!

4. Cili Api - RM2

5. Kacang Panjang Renek- RM2

6. Kacang Botor - RM2

7. Ulam Raja - RM2

8. Lobak Putih - RM2

9. Roselle - RM2

 
Sila email semuamenjadi@gmail.com
atau
 hantar mesej di FB Semua Menjadi untuk memesan pakej ini.

Friday, October 31, 2014

Kerabu Viral Nenas

Opps! Saya silap, bukan kerabu viral epal hijau yang sedap sekali TAPI
 
KERABU VIRAL NENAS
 
Sedap tak hengat, tak sedar sebiji nenas dah habis.
 
 








************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?



Thursday, October 30, 2014

Kerabu Viral Asam Masin

Kenapa saya panggil kerabu? Sebab ini bukan jeruk, hanya letak dalam petiais untuk  ramuannya mesra sahaja dan tak melalui proses penjerukkan pun. Kalau jeruk macam yang saya buat di SINI.
 
Proses pembuatan kerabu viral asam masin mengikut cara saya adalah seperti di bawah:
 
 
 Mula-mula buang kulit buah yang hendak dikerabukan. Saya suka guna buah epal hijau dan jambu batu, kalau mangga masam sikit. Ngilu gigi. Saya rasa mangga lagi sesuai kalau buat jeruk.
 


 Selepas itu potong nipis buah-buah tadi seperti gambar, senang sikit ramuan lain nak meresap, tak payah simpan lama-lama dalam petiais.



 Kemudian potong kecil-kecil cili api dan taburkan atas buah.


 Letakkan asam masin, lagi banyak lagi sedap. Pilih asam masin yang sesuai, kalau tidak kerabu anda mungkin akan rasa pahit dan tak sedap.


 Akhir sekali taburkan gula secukup rasa, saya tak tambah garam sebab asam masin yang saya guna dah cukup masin. Adukkan ramuan tadi sehingga mesra dan sekata. Kemudian bolehlah masukkan dalam petiais semalaman atau 2 ke 3 jam pun boleh.
 
 
Bila dah siap bolehlah makan beramai-ramai dengan keluarga atau kawan-kawan. Jangan makan sorang, nanti tak sedar satu bekas habis dimakan. Tak baik pula untuk kesihatan.
 
 
Di bawah ini merupakan kerabu-kerabu yang telah saya buat dengan pelbagai jenis buah, tapi yang menjadi pojaan saya tentulah kerabu viral asam masin epal hijau.
 
Selamat mencuba!!!
 
 
 Mempelam hiris tebal
 
 
 Jambu batu tanpa biji
 
 
 Epal hijau
 
 
Mempelam hiris kecil




************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?



Tuesday, October 28, 2014

PAKEJ OKTOBER RM20 SAHAJA!!!



Roselle

Sayur Raja
Bayam hijau
Lobak Putih
Bayam Merah

Tawaran Hebat OKTOBER!

10 peket benih hanya RM20
Percuma kos poslaju bernilai RM6.

(Harga asal sepeket biji benih RM2. Kos Poslaju RM6) 

Tiada pilihan biji benih. 
Biji benih dalam pakej ini adalah:

1. Bayam Hijau Daun Bulat

2. 
Bayam Hijau Daun Panjang

3. 
Bayam Merah

4. 
Kailan

5. 
Kangkung

6. 
Lobak Putih

7. 
Roselle

8. 
Sawi Bunga

9. 
Sawi Hijau

10. 
Sayur Raja (Remayung)



Sila email semuamenjadi@gmail.com
atau
 hantar mesej di FB Semua Menjadi untuk memesan pakej ini.




************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?



Friday, October 24, 2014

Pengganti Gula Yang Sihat - Stevia

 Apa keunikan dan kelebihan daun stevia?
1. Stevia adalah pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa.

●Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai "Steviol Glycosides" yang mengandungi Stevioside dan Rebaudioside.

●Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi sehingga 200 C, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycamic.
- Sangat sesuai untuk mereka yang ada kencing manis atau menghadkan pengambilan karbohidrat

2.Non-fermentative iaitu bahan aktif yang stabil dan tidak akan basi.

3. Non-toxic, Non-mutagenic, Non-teratogenic, Non-carcinogenic (tiada kesan bahaya)- terbukti secara kajian saintifik

4. Stevia mempunyai fungsi terapeutik perubatan

5. Anti-hyperglycaemic - boleh menurunkan paras gula dalam darah

6. Anti-hypertensive - boleh menurunkan tekanan darah

7. Anti-inflammatory - mengurangkan kesan radang

8. Anti-tumor- kesan anti-oksidan

9. Anti-diarrheal - merawat cirit-birit

10. Diuretic - Mengawal kandungan air dalam badan

11. Immunomodulatary effect - meningkatkan sistem imun kepada kuman

Bagaimana daun stevia ini boleh ditemui dan dijadikan sebagai pemanis semulajadi?
Stevia sebenarnya telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh penduduk di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi.

Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang lalu. Stevia ketika itu digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka dan juga memaniskan makanan mereka. 

Kaum tersebut juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Ia digunakan secara meluas di Eropah sehinggalah dibawa masuk ke Asia.

Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil apabila mendengar cerita sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.

Pakar botani Paraguay, Moises S Bertoni banyak menulis mengenai tumbuhan ini sehingga ramai yang tahu keunikan dan kelebihannya. Sejak itu, lebih banyak kajian dilakukan terhadap kebaikan dan kelebihan daun stevia kepada manusia

Bagaimana Pokok Stevia ditanam?
Stevia adalah sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Medium yang digunakan untuk tanaman stevia adalah jenis tanah poros supaya tiada air yang bertakung selepas disiram.

Tumbuhan ini memerlukan air yang cukup dan perlu disiram sebanyak 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.

Daunnya berbentuk bujur dan batangnya halus dan bergerutu.

Dalam keadaan optimum, stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwarna putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya agak kecil.

Bagaimana pokok stevia membiak?
Bunga ini menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. 

Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.

Negara mana tanaman stevia dilakukan?
Sebelum ini, tanaman stevia banyak di Amerika Selatan dan sekarang pokok stevia juga ditanam secara besar-besaran di Malaysia, Jepun, Taiwan, Filipina dan Hawaii disebabkan permintaan yang tinggi menggantikan gula pasir daripada tebu.

Apa itu daun Stevia?
Stevia adalah genus yang terdiri daripada 150 spesis herba daripada keluarga bunga matahari atau Astereacea.

Stevia juga dikenali sebagai "Pokok Gula" di Malaysia kerana dipercayai boleh mengurangkan kencing manis.

Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis atau pengganti gula pasir adalah stevia dari spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.



*Petikan diambil dari group RCC2u









************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?



Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...